Thursday, April 2, 2009

TINDAKAN YANG KAMI LAKUKAN

Tindakan yang kami lakukan adalah seperti menulis suratyang rasmi dan menghantarnya kepada pengusaha restoran yang kami berasa curiga diatas kesahihan dan ketiadaan sijil dan logo Halal.

Pada pandangan kami terdapat segelintir restoran tidak kira sama ada restoran Melayu atau bukan Melayu yang menyeleweng dalam penggunaan tanda dan sijil Halal. Malah terdapat juga sesetangah pengusaha premis perniagaan restoran yang tidak mengambil peduli tentang penggunaan tanda Halal di restoran mereka. Bagi mereka apa yang penting dan utama ialah keuntugan yang diterima daripada perniagaan mereka.

Dalam mewujudkan transformasi dalam masyarakat mengenai isu penggunaan tanda Halal di premis perniagaan restoran, maka wajarlah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengatasi masalah ini dari kian menjadi-jadi.
Dengan ini, kami sekumpulan telah menulis surat yang rasmi kepada pengusaha-pengusaha restoran yang kami mempunyai kemusykilan terhadap isu ini. Sebagai bukti kami sertakan antara contoh surat yang telah kami kirimkan. Surat ini juga akan kami pamerkan dalam laman web blog kami.
Surat rasmi kami yang bermotifkan cadangan dan juga aduan telah disampaikan kepada:
1) RESTORAN NASI AYAM MISAI
2) RESTORAN CORNER CAFE
3) RESTORAN PADANG SPEEDY
4) RESTORAN MADINA
Contoh surat boleh dilihat dalam blog ini.
Akibat daripada tindakan kami ini, kami berharap tindak balas daripada pengusaha restoran terbabit dapat diterima dan mungkin juga mereka dapat memberi kerjasama yang kukuh dengan memperbaiki keadaan yang sebenar.

CONTOH SURAT YANG KAMI KIRIMKAN


Corner kafe dI Bukit Jambul



Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak corner kafe yang sudi bekerjasama diatas kunjungan kami ke restoran tersebut. Sebelum ini kami mendapati restoran ini tidak mempamerkan sijil halal ataupun tanda halal di restoran mereka. Perkara ini menimbulkan keraguan pengguna untuk berkunjung ke restoran ini. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati restoran ini sememangnya dimiliki oleh pengusaha yang beragama Islam dan pekerja yang bekerja disini juga terdiri daripada muslim. Kami sebagai pelajar dan pengguna harus mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan umat Islam sejagat dalam pemilihan makanan halal. Semasa di restoran ini kami memohon kerjasama daripada pemilik restoran agar beliau memaparkan sijil halal atau logo halal dengan lebih jelas di restoran bagi mengelakkan keraguan dan kekeliruan pengguna yang beragama Islam. Tindakan kami juga disertakan dengan pemberian surat aduan kepada pemilik restoran.


Wednesday, April 1, 2009

Berhati-hati Memilih Makanan Halal Di Bali Indonesia.

Hard Rock Cafe yang menjadi tumpuan pelancong di Bali
Pizza Hut di Bali pelancong perlu berhati-hati mungkin cara penyediaanya berbeza dengan Malaysia.


Antara restoran yang menyediakan makanan halal kepada pelancong



Antara makanan halal yang terdapat di Bali seakan-akan makanan yang terdapat di Malaysia


Percutian ke luar negara menjadi suatu kenangan yang paling indah bagi setiap insan yang gemarkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah yang berlaku pada sahabat baikku yang berpeluang berkunjung ke Bali Indonesia baru-baru ini. Walaupun matlamat kunjungan tersebut untuk tujuan pembelajaran namun, beliau sempat melancong ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Bali, disamping dapat menimba ilmu di negara orang. Oleh itu, aku mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu melalui cerita yang beliau sampaikan. Memang aku juga turut merasakan keseronokannya. Menurut beliau memang sukar untuk mendapatkan restoran halal di Bali. Kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah tidak halal. Bagi pelancong yang datang ke Bali dengan mengikuti pakej yang disediakan ia lebih senang untuk mendapatkan restoran halal. Hal ini kerana pihak agen telah menyediakan makanan kepada pelancong. Beliau juga sempat merakamkan foto-foto restoran terkenal seperti KFC, Hard Rock Cafe, Pizza Hut dan sebagainya. Restoran-restoran ini sering kali menjadi tumpuan pelancong tidak kira di mana-mana negara sekalipun. Namun, yang menjadi persoalan kini ialah adakah restoran-restoran ini mempunyai status halal yang sama dengan yang terdapat di Malaysia?. Ayam KFC kat situ disembelih ke tidak? Oleh itu, sebagai kesimpulanya aku dapat simpulkan bahawa kita sebagai umat islam yang ingin melancong ke Bali atau kemana-mana sahaja destinasi pelancongan haruslah berwaspada, berhati-hati dalam memilih restoran dan sentiasa memastikan makanan yang ingin dinikmati dijamin halal 100%..

Sunday, March 29, 2009

Restoran Nasi Kandar Padang Speedy

Sebuah Restoran Nasi Kandar yang popular dengan nama gelarannya “kandar padang speedy” terletak di Teluk Intan. Restoran ini diusahakan dan dimiliki oleh pengusaha yang berbangsa Muslims. Dapatan kajian secara langsung menunjukan premis ini menghidangkan masakan yang Halal. Keadaan ini dapat disokong dengan melihat kebanjiran pelanggan restoran berkenaan yang tidak terhingga dimana hampir 70% adalah beragama Islam. Tetapi, persoalan yang timbul ialah pengusaha restoran ini tidak mempamerkan tanda label Halal yang diiktiraf oleh badan kerajaan. Walau bagaimanapun, pengusaha restoran ini menunjukan sijil yang diperakui Halal oleh pihak JAKIM tetapi enggan membenarkan kami untuk mengambil gambar tersebut.





Gambar diatas menunjukkan pandangan dari sudut depan premis berkenaan.



Menu utamanya disini ialah nasi campurnya dan kari-karinya yang memang sedap. Terdapat juga masakan yang lain yang turut dihidangkan seperti mee goreng, roti canai, tosai, minuman dan lain-lain.






Milo ais yang memang ‘terangkat’



Hidangan mee goreng yang sememangnya pedas

Thursday, March 26, 2009

restoren selebriti...


Sungguh tak disangkakan selebriti kita ini mampu untuk membuka sebuah restoren walaupun dia adalah seorang yang popular..Bagus-bagus kerana ia dapat membantu menambahkan pendapatan..heheheh. Selebriti yang dikatakan ini ialah Norman Hakim yang telah membuka sebuah yang dikenali dengan restoren Wester Food.
Walaupun ia dikatakan sebuah restoren milik artis tetapi adakah tanggungjawab dia sebagai majikan dijalankan dengan sempurna..Adakah layanan dia terhadap pelanggan begitu mesra dan kebajikan terdapat pekerja di titikberatkan...Semua faktor ini harus di titikberatkan untuk menjalankan sesuatu pekerjaan..Tetapi semua itu telah lengkap dalam diri bagi seseorang pengusaha di sebuah restorenkan..
Jangan jadikan masalah konflik antara Norman menyebabkan kita tidak berminat untuk makan di restorennya tetapi cuba pergi makan dan lihat apa kelebihan yang ada direstoren tersebut..hheheehe..
Apa yang perlu kita tahu adalah adakah makanan yang disediakan betul-betul halal dan telah disahkan oleh pihak Jakim, jangan sekadar makan tetapi tidak tahu ia betul-betul halal ke tidak itu yang lebih penting sebagai kita seorang muslim...

Pekerja di restoran nasi ayam Queensbay Muslim..
















Tinjaun dibuat ke pasar raya yang terkenal di penang iaitu Queensbay. kami telah ke tempat makan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. restoran ini menjadi tumpuan ramai dan terdiri daripada pelanggan yang pelbagai agama. Melihat kepada deretan kedai yang terdapat di Arena ini terdapat juga sesetengah orang yang ragu-ragu untuk makan di sini kerana dikhuatiri makanan yang disediakan tidak halal. Namun, untuk mengetahui status halal di Arena ini kami sempat menemubual beberapa orang pekerja warga asing yang berasal dari Bangladesh. Beberapa pekerja yang bekerja di situ mengatakan mereka adalah muslim sambil menunjukkan tanda halal yang dipamerkan. Terdapat sijil halal di pamerkan di restoran nasi ayam ini. Namun yang menjadi persoalan mengapa sijil halal yang di paparkan seolah-olah seperti fotocopy walaupun sijil tersebut telah disahkan. Hal ini mungkin akan mengelirukan pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang beragama Islam.