Thursday, April 2, 2009

TINDAKAN YANG KAMI LAKUKAN

Tindakan yang kami lakukan adalah seperti menulis suratyang rasmi dan menghantarnya kepada pengusaha restoran yang kami berasa curiga diatas kesahihan dan ketiadaan sijil dan logo Halal.

Pada pandangan kami terdapat segelintir restoran tidak kira sama ada restoran Melayu atau bukan Melayu yang menyeleweng dalam penggunaan tanda dan sijil Halal. Malah terdapat juga sesetangah pengusaha premis perniagaan restoran yang tidak mengambil peduli tentang penggunaan tanda Halal di restoran mereka. Bagi mereka apa yang penting dan utama ialah keuntugan yang diterima daripada perniagaan mereka.

Dalam mewujudkan transformasi dalam masyarakat mengenai isu penggunaan tanda Halal di premis perniagaan restoran, maka wajarlah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengatasi masalah ini dari kian menjadi-jadi.
Dengan ini, kami sekumpulan telah menulis surat yang rasmi kepada pengusaha-pengusaha restoran yang kami mempunyai kemusykilan terhadap isu ini. Sebagai bukti kami sertakan antara contoh surat yang telah kami kirimkan. Surat ini juga akan kami pamerkan dalam laman web blog kami.
Surat rasmi kami yang bermotifkan cadangan dan juga aduan telah disampaikan kepada:
1) RESTORAN NASI AYAM MISAI
2) RESTORAN CORNER CAFE
3) RESTORAN PADANG SPEEDY
4) RESTORAN MADINA
Contoh surat boleh dilihat dalam blog ini.
Akibat daripada tindakan kami ini, kami berharap tindak balas daripada pengusaha restoran terbabit dapat diterima dan mungkin juga mereka dapat memberi kerjasama yang kukuh dengan memperbaiki keadaan yang sebenar.

CONTOH SURAT YANG KAMI KIRIMKAN


Corner kafe dI Bukit Jambul



Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak corner kafe yang sudi bekerjasama diatas kunjungan kami ke restoran tersebut. Sebelum ini kami mendapati restoran ini tidak mempamerkan sijil halal ataupun tanda halal di restoran mereka. Perkara ini menimbulkan keraguan pengguna untuk berkunjung ke restoran ini. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati restoran ini sememangnya dimiliki oleh pengusaha yang beragama Islam dan pekerja yang bekerja disini juga terdiri daripada muslim. Kami sebagai pelajar dan pengguna harus mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan umat Islam sejagat dalam pemilihan makanan halal. Semasa di restoran ini kami memohon kerjasama daripada pemilik restoran agar beliau memaparkan sijil halal atau logo halal dengan lebih jelas di restoran bagi mengelakkan keraguan dan kekeliruan pengguna yang beragama Islam. Tindakan kami juga disertakan dengan pemberian surat aduan kepada pemilik restoran.


Wednesday, April 1, 2009

Berhati-hati Memilih Makanan Halal Di Bali Indonesia.

Hard Rock Cafe yang menjadi tumpuan pelancong di Bali
Pizza Hut di Bali pelancong perlu berhati-hati mungkin cara penyediaanya berbeza dengan Malaysia.


Antara restoran yang menyediakan makanan halal kepada pelancong



Antara makanan halal yang terdapat di Bali seakan-akan makanan yang terdapat di Malaysia


Percutian ke luar negara menjadi suatu kenangan yang paling indah bagi setiap insan yang gemarkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah yang berlaku pada sahabat baikku yang berpeluang berkunjung ke Bali Indonesia baru-baru ini. Walaupun matlamat kunjungan tersebut untuk tujuan pembelajaran namun, beliau sempat melancong ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Bali, disamping dapat menimba ilmu di negara orang. Oleh itu, aku mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu melalui cerita yang beliau sampaikan. Memang aku juga turut merasakan keseronokannya. Menurut beliau memang sukar untuk mendapatkan restoran halal di Bali. Kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah tidak halal. Bagi pelancong yang datang ke Bali dengan mengikuti pakej yang disediakan ia lebih senang untuk mendapatkan restoran halal. Hal ini kerana pihak agen telah menyediakan makanan kepada pelancong. Beliau juga sempat merakamkan foto-foto restoran terkenal seperti KFC, Hard Rock Cafe, Pizza Hut dan sebagainya. Restoran-restoran ini sering kali menjadi tumpuan pelancong tidak kira di mana-mana negara sekalipun. Namun, yang menjadi persoalan kini ialah adakah restoran-restoran ini mempunyai status halal yang sama dengan yang terdapat di Malaysia?. Ayam KFC kat situ disembelih ke tidak? Oleh itu, sebagai kesimpulanya aku dapat simpulkan bahawa kita sebagai umat islam yang ingin melancong ke Bali atau kemana-mana sahaja destinasi pelancongan haruslah berwaspada, berhati-hati dalam memilih restoran dan sentiasa memastikan makanan yang ingin dinikmati dijamin halal 100%..