Wednesday, April 1, 2009

Berhati-hati Memilih Makanan Halal Di Bali Indonesia.

Hard Rock Cafe yang menjadi tumpuan pelancong di Bali
Pizza Hut di Bali pelancong perlu berhati-hati mungkin cara penyediaanya berbeza dengan Malaysia.


Antara restoran yang menyediakan makanan halal kepada pelancong



Antara makanan halal yang terdapat di Bali seakan-akan makanan yang terdapat di Malaysia


Percutian ke luar negara menjadi suatu kenangan yang paling indah bagi setiap insan yang gemarkan ketenangan dan kedamaian. Begitulah yang berlaku pada sahabat baikku yang berpeluang berkunjung ke Bali Indonesia baru-baru ini. Walaupun matlamat kunjungan tersebut untuk tujuan pembelajaran namun, beliau sempat melancong ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Bali, disamping dapat menimba ilmu di negara orang. Oleh itu, aku mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu melalui cerita yang beliau sampaikan. Memang aku juga turut merasakan keseronokannya. Menurut beliau memang sukar untuk mendapatkan restoran halal di Bali. Kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah tidak halal. Bagi pelancong yang datang ke Bali dengan mengikuti pakej yang disediakan ia lebih senang untuk mendapatkan restoran halal. Hal ini kerana pihak agen telah menyediakan makanan kepada pelancong. Beliau juga sempat merakamkan foto-foto restoran terkenal seperti KFC, Hard Rock Cafe, Pizza Hut dan sebagainya. Restoran-restoran ini sering kali menjadi tumpuan pelancong tidak kira di mana-mana negara sekalipun. Namun, yang menjadi persoalan kini ialah adakah restoran-restoran ini mempunyai status halal yang sama dengan yang terdapat di Malaysia?. Ayam KFC kat situ disembelih ke tidak? Oleh itu, sebagai kesimpulanya aku dapat simpulkan bahawa kita sebagai umat islam yang ingin melancong ke Bali atau kemana-mana sahaja destinasi pelancongan haruslah berwaspada, berhati-hati dalam memilih restoran dan sentiasa memastikan makanan yang ingin dinikmati dijamin halal 100%..

No comments: