Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak corner kafe yang sudi bekerjasama diatas kunjungan kami ke restoran tersebut. Sebelum ini kami mendapati restoran ini tidak mempamerkan sijil halal ataupun tanda halal di restoran mereka. Perkara ini menimbulkan keraguan pengguna untuk berkunjung ke restoran ini. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati restoran ini sememangnya dimiliki oleh pengusaha yang beragama Islam dan pekerja yang bekerja disini juga terdiri daripada muslim. Kami sebagai pelajar dan pengguna harus mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan umat Islam sejagat dalam pemilihan makanan halal. Semasa di restoran ini kami memohon kerjasama daripada pemilik restoran agar beliau memaparkan sijil halal atau logo halal dengan lebih jelas di restoran bagi mengelakkan keraguan dan kekeliruan pengguna yang beragama Islam. Tindakan kami juga disertakan dengan pemberian surat aduan kepada pemilik restoran.
No comments:
Post a Comment