Thursday, March 26, 2009

Kenny Rogers













restoran kenny rogers ROASTERS















tulisan ditanggung halal diatas pitu hadapan restoren kenny ROASTERS

















menu makanan yang disajikan

Sebut je restoren kenny rogers, ini memang salah satu restoren kegemaran saya. Saya gemar makan di restoren ini bersama rakan saya. Di pulau pinang ni restoren kenny rogers yang selalu saya kunjungi adalah di bukit jambul n quensbay kat komtar x tau ade ke xde. sebab ari 2 kitorang shopping n bercadang nak makan di restoren ini. Tapi hampa sebab x jumpe-jumpe restoren ni.huhu...Restoren ini menjadi pilihan saya kerana bagi saya makanan yang disediakan cukup sihat. selain bersih. Menu seperti muffin, buah-buahan akan menjadi pilihan saya setiap kali berkunjung di restoren ini selain ayam panggang perisa blackpeper. YANG PASTI & PENTING JAMINAN HALAL.Restoren ini sememangnya halal dan kita tidak perlu risau apabila makan di restoren ini.



tanggapan masyarakat di restoren high class..

contoh-contoh restoren low class

contoh-contoh restoren high class













Tanggapan masyarakat tentang persoalan tanda halal di restoren high class sering menjadi keutamaan bagi sesiapa saja..Mengapa hanya perlu mempertikaikan tanda halal di restoren high class sahaja sedangkan di restoren biasa kita kurang menitikberatkan penggunaan tanda halal. Seharusnya masyarakat perlu membuang sikap hanya mempersoalkan tanda halal di restoren high class sahaja dan seharusnya menitiberatkan semua restoren yang ada. Memang di akui restoren -restoren ini tahap kebersihannya terjamin bersih tetapi adakah bahan masakan yang digunakan adalah betul-betul halal dan mendapat pengesahan yang betul dari pihak Jakim???
Walaupun restoren biasa ini tidak terlalu popular namun mutu kebersihan dan bahan masakan yang sedia ada adalah betul-betul halal..Para pekerjanya juga kebanyakan terdiri daripada Islam dan ini sudah tentu menunjukkan restoren berkenaan adalah betul-betul halal.Oleh itu mengapa harus restoren yang high class sahaja yang harus diambil perhatian tentang logo halal berbanding dengan retoren-restoren yang lain.
Kita jangan sekadar pandang pada restoren high-high sahaja tetapi restoren lain juga harus dipandang kerana ia juga apa kurang hebatnya...









eeemmmmmm...... sedapnyer nasi ayam tapi tanda halalnya mana..


memang sedap makan nasi ayam tetapi pernah tak terfikir tahap kebersihan dan makanannya adalah halal??? jikalau betul-betul halal mengapa tidak meletak logo halal di depan restoran berkenaan...kan kan kan...
ini merupakan salah satu restoran di Bukit Jambul yang tidak meletakkan tanda halal di luar restoran mereka...tetapi ramai yang datang untuk menjamu selera di sini...
kebanyakan pelanggan Melayu yang datang menjamu selera disini tetapi pernah tak memperhatikan tanda halal di restoran ini...jawapannya sudah tentu tidak kerana kita hanya tahu adalah makan-makan...Kita sebagai muslim seharusnya peka dengan semua ini..jika ingin makan kita perlu melihat tanda halal terlebih.

betul ker.......










Sushi King haram?
Dari pertanyaan bertulis dengan office, sushi dikatan akan celup alkohol about 0.01% untuk tahan lama maka dah sah haram sebab tu Jakim tak bagi logo halal. Lagi pun memang serve beer di dalam menu maka Jakim tidak memberikan tanda halal.. Tapi sushi king mengelarkan mereka "pork free"
So dah confirm la haram. Ingin ketahui lebih lanjut layari laman web tersebut,,heheheh
http://halalguide.org/.i_King_Haram.html

Tuesday, March 24, 2009

WASPADA RESTORAN MAMAK

Contoh restoran india muslim di Sungai Besar, Selangor.Dibuka 24 jam.
Restoran kassim mustafa di Bukit Jambul, PENANG



Restoran nasi kandar Bukit Jambul, PENANG.
Gambar diatas adalah Sekadar contoh sahaja tiada kena-mengena........
Gambar diatas hanyalah sekadar contoh restoren mamak yang kita boleh dapati dimana-mana sahaja kita pergi, mahupun di pulau-pinang,selangor,perak dan sebagainya.
Tahukah kita ada segelintir pengusaha dan pekerja restoren mamak bukanlah beragama islam. Paling mengelirukan adalah penggunaan ayat jawi pada restoran mereka. Sesetengah pengusaha sengaja berbuat demikian untuk mengelirukan pelanggan. Paling mendukacitakan ayat jawi yang digunakan mempunyai makna yang menyimpang dari ajaran agama islam. Selain itu, aspek kebersihan di restoran mamak juga boleh dipertikaikan. Contoh dalam proses pembuatan makanan. Hal ini kerana kebersihan juga merupakan salah satu syarat bagi memenuhi syarat halal dan mendapatkan sijil halal.

KFC HALAL


Logo halal dihadapan pintu masuk restoran kfc di Bukit Jambul




Restoren KFC di Selangor.

Sebelum ini pernah timbul desa desus mengenai ketiadaan tanda logo halal dan status makanan segera yang disediakan oleh restoren segera ini. Terutamanya mengenai isu sembelihan ayam .
namun isu ini telah dijelaskan oleh Penasihat Hal Ehwal Awam KFCH EN.Mohamad Shafie. Menurut beliau semua proses sembelihan ayam dilakukan di premis ayam di pelabuahn utara.Kilang adalah bersih dan mengikut cara yang ditetapkan hukum halal. AYAMAS sebagai pembekal ayam pula mempunysi rekod yang bersih juga dikawal selia oleh jabatan haiwan.AYAMAS juga merupakan pusat sembelihan contoh yang terbersih dan terbaik di Malaysia.Selain itu pihak jabatan agama islam sentiasa membuat lawatan mengejut agar semua syarat halal dipatuhi.
Oleh itu,pengguna tidak perlu risau mengenai status halal di restoren kfc ini. Kebanyakkan retoren kfc sudah meletakkan tanda halal di restoran mereka.Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan antara pengguna.

kesahihan tanda halal di food court tesco sungai 2...








Petang itu aku dan rakan-rakan ke tesco untuk membeli keperluan harian. alang-alang aku kat tesco terus teringat nak penuhi kes ke dalam blog yang selalu diingatkan oleh Dr reevany. aku terus melangkah menuju ke satu-satunya food court yang ada kat tesco extra. aku perhatikan jarang sekali tanda halal dipaparkan pada setiap bahagian kedai di situ. kebanyakan yang terdapat disitu adalah sijil halal. aku pun terfikir mengapa tiada keseragaman dari segi bentuk tanda halal. Bagi aku ia akan mengelirukan pengguna. Terdapat kedai yang mempunyai tanda halal dan terdapat juga kedai yang mempunyai sijil halal. kebanyakan pekerja yang bekerja di situ adalah warga asing yang berasal dari indonesia, Banglades dan Nepal. Namun melihat kepada pekerja yang memakai tudung ini memungkinkan pengguna tidak ragu-ragu untuk menikmati hidangan di food court ini.