Tuesday, March 24, 2009

Logo halal atau sijil halal yang diiktiraf...

restoren food court di Queesbay Mall..
pekerja asing di restoren tersebut...

sijil yang ditonjolkan membuktikan ia adalah halal..


Resit pembayaran yang harus dibayar oleh pihak restoren berjumlah RM 400.00


petang itu kumpulan kami pergi berjalan di Quessbay Mal smbil makan-makan..
Kami tertarik dengan masakan Thai yang terdapat di restoren berkenaan..tetapi terasa takut untuk makan kerana mereka hanya meletakkan sijil sebagai tanda yang menunjukkan halal..
namun tanpa segan silu kami bertanya kepada kakak yang mengambil oder di restoren tersebut adakah makanan direstorennya betul-betul halal?...jawapannya ya kerana mereka telah membayar sebanyak RM 400 kepada pihak atasan yang telah mengesahkan makanannya adalah betul-betul halal..
selain itu semua bahan yang digunakan telah disahkan oleh pihak atasan yang betul-betul halal dan bersih yang boleh dimakan..
pekerja-pekerja direstoren itu juga adalah merupakan muslim walaupun mereka dikatakan dari warga luar...jadi apa yang nak ditakutkan lagi..dah memang sah ia betul-betul boleh dimakan dan dijamin halal kerana penyediaannya dilakukan oleh muslim sendiri... kalau waswas jangan makan..tepuk dada tanya selera..hihihihi

Friday, March 20, 2009

ingin menjamu selera...tapi keliru..

salah satu restaurant yamg tidak meletakkan tanda halal diluar restaurant mereka
posisi tepi yang menunjukkan RESTAURANT CHENGMAI terdapat siombol halal

bahagian depan restaurant


Ini merupakan salah satu restaurant seafood yang terdapat di Kota Bharu yang halal untuk dimakan. Makanan disini begitu sedap untuk dimakan kerana para masakannya adalah daripada orang thai namun ia dijamin halal walau berlainan bangsa yang memasak sajian berkenaan.




Namun tidak semua restaurant di Kota Bharu meletakkan tanda halal diluar kedai mereka,ini kerana jika diperhatikan ramai pemilik kedai makan tidak meletakkan tanda tersebut walaupun kebanyakan pekerja mereka adalah Melayu..'mengapa erk'??




Justeru adakah kita was-was dengan restaurent berkenaan.. Pernah ditanya kepada pemilik restaurent di situ mangapa tidak diletak tanda halal diluar kedai namun jawapannya adalah masakan mereka betul-betul halal dan tidak diletakkan benda yang haram dan telah disahkan..




Memang terlalu sukar untuk mencari restaurant di Kelantan yang meletakkan simbol halal diluar premis perniagaan mereka,hanya ada sijil penghargaan yang dijadikan bukti yang kedai mereka di sahkan halal...


hai hai hai...

Pernahkah anda pergi berjalan di shopping complex dan makan di restoren yang sedap dinikmati dan mudah didapati....Terutama direstoren chiken rice shop dan anda pernah perhatikan tanda halal direstoren berkenaan???...Tidak mungkin kerana anda tahu adalah datang untuk mengisi perut.

Memang betul restoren berkenaan bersih tetapi adakah bahan-bahan yang digunakan betul-betul selamat untuk dimakan..Cuba kita renung semua tu..hehehe..

Tidak semau restoren ini meletakkan tanda halal diluar restoren berkenaan seperti apa yang telah kita lihat di atas kerana ada sesetengah restoren mungkin tanda halal diletakkan di bahagian lain yang kita tidak perasaan semua itu tetapi yang penting ia selamat untuk dimakan dan halal bagi umat muslim..

Tuesday, March 17, 2009

Some golden rules in life






















Sunday, March 15, 2009

jalan jalan cari makan..

salah satu restaurant cina yang halah terdapat di kelantan...so jangan lupa untuk berkunjung menjamu selera....bestt...
musim cuti sekolah sudah bermula so kemana anda destinasi anda????

Jika ingin menikmati hidangan yang berbeza dari sudut masakan anda boleh datang berkunjung ke ORIENTAL HALAL CHINESE RESTUARANTS iaitu bertempat di pusat bandar kota bharu kelantan...Masakannaya sangat best...so yang dah jemu menjamu selera masakan sendiri apakata kita mencuba masakan lain lak..


Anda juga boleh menempah makanan jika anda ingin mengadakan sesuatu majlis agar majlis anda lebih meriah dengan adanya pelbagai jenis makanan...jangan lupa berkunjung kerna ia dijamin halal...



Sunday, March 8, 2009

Imbas kembali (2008)

Mihas medan terbaik pacu industri halal
Berita Harian, 23 Apr 2008
PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2008 yang berlangsung pada 7 hingga 11 Mei ini adalah landasan terbaik bagi negara luar untuk memahami, sekali gus mengguna pakai persijilan halal Malaysia. Ketua Eksekutif Mihas, Mohd Shukri Abdullah berkata, persijilan halal yang dikeluarkan Malaysia diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan ia mampu memacu perkembangan industri halal di seluruh dunia. Setakat ini, katanya, hanya 32 negara mengeluarkan persijilan halal mereka sendiri termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang mendapat pembabitan sepenuhnya dari kerajaan masing-masing.
"Pengiktirafan antarabangsa yang diterima bagi pengeluaran sijil halal negara ini akan memudahkan syarikat tempatan mewujudkan hubungan perniagaan dengan negara lain. "Mihas mampu menjadi landasan terbaik untuk memberi pendedahan kepada negara luar mengenai pentingnya persijilan halal, terutama dalam mempromosi dan memasarkan produk halal," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kamaruddin Hassan
Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diberi mandat oleh Kabinet awal bulan ini bagi mengeluarkan pensijilan halal di negara ini, mengambil alih peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
HDC akan mengeluarkan sijil dan logo halal Jakim selain ia turut mendapat pengiktirafan bagi diguna pakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malah, mesyuarat Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Dakar, Sudan baru-baru ini juga memutuskan supaya Malaysia menjadi pengeluar sijil halal. Mohd Shukri berkata, pasaran halal besar seperti China mempunyai kira-kira 400 badan bertindak yang mengeluarkan sijil halal, tetapi Jakim hanya mengiktiraf dua daripadanya. Bagaimanapun, menerusi Mihas 2008, katanya penganjur menyediakan pasaran terbuka kepada mana-mana negara yang mempunyai sijil halal sama ada diiktiraf Jakim atau tidak bagi menyertainya. Mengenai perkembangan Mihas 2008, Shukri berkata, setakat ini ia menerima penyertaan daripada 447 syarikat yang 344 adalah syarikat tempatan. Beliau berkata, pihaknya sudah menerima tempahan bagi semua 610 gerai pameran disediakan dengan bilangan penyertaan yang tinggi dari peserta China, Brunei, Indonesia dan Iran. "Sebanyak 61 peratus membabitkan produk makanan halal, perkhidmatan (25 peratus), pasaran modal dan kewangan Islam (empat peratus) dan produk bukan makanan (tiga peratus)," katanya. Dalam pada itu, katanya, pembabitan syarikat Bumiputra terutama dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut meningkat tahun ini berbanding 52 peratus tahun lalu.

Friday, March 6, 2009

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah..

satu daripada tanggungjawab besar umat Islam ialah memastikan makanan dimakan dalam keadaan sentiasa halal, baik dan berkhasiat. Isu makanan halal memberi implikasi besar kepada umat Islam kerana ia ada kaitan dengan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  • Umat Islam dituntut memanfaat peluang menjadi pengusaha dan pengeluar makanan halal yang mempunyai pasaran amat besar sama ada tempatan atau antarabangsa.
  • Dengan pelbagai jenis bantuan dan sokongan kerajaan dalam sektor pertanian, umat Islam boleh bergiat pada peringkat asas seperti menjadi penternak atau peladang.
  • Hasrat negara menjadi pusat pengeluaran makanan halal dunia menambahkan lagi peluang bagi umat Islam meningkatkan ekonomi menerusi industri halal.
  • Produk halal tidak hanya menepati semua keperluan syarak, tetapi mesti berdaya saing dari segi kualiti dan harga.
  • Pembabitan usahawan Muslim dalam industri makanan halal bukan saja meningkatkan ekonomi umat Islam tetapi juga dapat menyempurnakan fardu kifayah.