Friday, March 6, 2009

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah..

satu daripada tanggungjawab besar umat Islam ialah memastikan makanan dimakan dalam keadaan sentiasa halal, baik dan berkhasiat. Isu makanan halal memberi implikasi besar kepada umat Islam kerana ia ada kaitan dengan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  • Umat Islam dituntut memanfaat peluang menjadi pengusaha dan pengeluar makanan halal yang mempunyai pasaran amat besar sama ada tempatan atau antarabangsa.
  • Dengan pelbagai jenis bantuan dan sokongan kerajaan dalam sektor pertanian, umat Islam boleh bergiat pada peringkat asas seperti menjadi penternak atau peladang.
  • Hasrat negara menjadi pusat pengeluaran makanan halal dunia menambahkan lagi peluang bagi umat Islam meningkatkan ekonomi menerusi industri halal.
  • Produk halal tidak hanya menepati semua keperluan syarak, tetapi mesti berdaya saing dari segi kualiti dan harga.
  • Pembabitan usahawan Muslim dalam industri makanan halal bukan saja meningkatkan ekonomi umat Islam tetapi juga dapat menyempurnakan fardu kifayah.

No comments: