Friday, March 20, 2009

ingin menjamu selera...tapi keliru..

salah satu restaurant yamg tidak meletakkan tanda halal diluar restaurant mereka
posisi tepi yang menunjukkan RESTAURANT CHENGMAI terdapat siombol halal

bahagian depan restaurant


Ini merupakan salah satu restaurant seafood yang terdapat di Kota Bharu yang halal untuk dimakan. Makanan disini begitu sedap untuk dimakan kerana para masakannya adalah daripada orang thai namun ia dijamin halal walau berlainan bangsa yang memasak sajian berkenaan.




Namun tidak semua restaurant di Kota Bharu meletakkan tanda halal diluar kedai mereka,ini kerana jika diperhatikan ramai pemilik kedai makan tidak meletakkan tanda tersebut walaupun kebanyakan pekerja mereka adalah Melayu..'mengapa erk'??




Justeru adakah kita was-was dengan restaurent berkenaan.. Pernah ditanya kepada pemilik restaurent di situ mangapa tidak diletak tanda halal diluar kedai namun jawapannya adalah masakan mereka betul-betul halal dan tidak diletakkan benda yang haram dan telah disahkan..




Memang terlalu sukar untuk mencari restaurant di Kelantan yang meletakkan simbol halal diluar premis perniagaan mereka,hanya ada sijil penghargaan yang dijadikan bukti yang kedai mereka di sahkan halal...


2 comments:

Anonymous said...

Saya bukan mahu mengulas tentang produk. Apa yang ingin disentuh adalah kepentingan kajian terhadap industri makanan HALAL di Malaysia dan sejauh mana mutu, kebersihan dan kesucian makanan itu dijaga atas tiket HALAL. HALAL ini saya rujuk sebagai satu jenama/'tiket pelaris', manakala istilah halal (huruf kecil) merujuk konsep halal yang sepatutnya.

Sekarang ini rata-rata komuniti pengeluar makanan di Malaysia sudah mula sedar dengan kepentingan HALAL di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang Islam, malah pengeluar yang bukan Islam juga sudah mula berebut-rebut memohon sijil HALAL daripada JAKIM dan HDC (Halal Industry Development Corporation). Fakta ini saya ambil daripada siaran berita yang disiarkan di stesen tv tempatan tidak lama dulu. Tapi ada juga pengeluar makanan beragama Islam masih tidak mahu mendapatkan sijil HALAL. Mengapa agaknya? Entahlah, mungkin ada sebab tersendiri. Tetapi kita semua harus sedar bahawa HALAL ini penting sebagai:
1. penunjuk bahawa makanan yang dikeluarkan memenuhi standard makanan 'halal' di Malaysia.
2. meyakinkan pengguna Islam (dan bukan Islam) bahawa makanan yang dikeluarkan diiktiraf 'halal', sekaligus menarik lebih ramai pembeli, kerana,
3. menunjukkan bahawa kualiti dan bahan makanan itu terjaga (bersih adalah satu keperluan untuk mendapat status HALAL)
Namun faktor 'pelaris' ini juga mendorong wujudnya beberapa kes yang melibatkan pemalsuan logo HALAL. Ini tidak perlu diulas kerana pihak berkuasa sudah melakukan pelbagai usaha dan masih diteruskan bagi menghalang kegiatan ini berleluasa. Terima kasih pada mereka. Kes pemalsuan itu kes yang jelas salah. Namun yang tidak jelas bagaimana?

Sebagai perbincangan dan kajian, adakah produk yang diiktiraf HALAL itu benar-benar halal (suci dan baik)? Ini perlu dipersoalkan kerana ramai melihat bahawa industri makanan boleh maju dan mendapat keuntungan melalui tiket HALAL. Jadi ramai yang berebut untuk memenuhi standard HALAL, tanpa mengetahui konsep halal yang diterapkan dalam Islam. Ini perlu diberi perhatian serius juga, selain kes-kes pemalsuan logo HALAL.

Sedangkan konsep halal itu bukan saja HALAL, tetapi perlu dijaga dari segi; (1) kesucian bahannya, (2) kesucian prosesnya (pengilangan, penjualan dsb), dan (3) kesucian jiwa pembuatnya (beragama Islam). Bila disebut pembuat mesti Islam, bukanlah syarikat Islam saja layak. Syarikat milik bukan Islam tetap boleh menghasilkan makanan halal. Tetapi orang yang membuat makanan itu mesti orang Islam yang kuat amalan agamanya. Seperti mana disentuh sebagai IMP di atas.

Ya itulah hakikatnya. Kalau kita mahu iman yang teguh (insya'allah), cubalah cari makanan yang memenuhi 3 kriteria halal itu (harap tidak kebulurlah rakyat Malaysia lepas ni!). Tapi dalam keadaan semasa, sukar rasanya nak dapatkan makanan seperti ini. Maka terpulanglah. Tepuk dada tanya iman. Asalkan yakin halal, kerana Islam itu 'mudah dalam susah'. Tapi jangan sampai meng'halal'kan juga benda yang haram atas sebab terpaksa.

Persoalan utama:
1. Adakah makanan diiktiraf HALAL itu memenuhi 3 kriteria di atas?
2. Apakah cara yang berkesan untuk memastikan HALAL itu dikuatkuasakan (bukan setakat untuk dapat sijil)?
3. Dan apakah cara yang berkesan untuk memastikan usaha tersebut (penerimaan 3 kriteria halal) disambut baik sebagaimana sambutan terhadap HALAL?
Amnya dalam situasi semasa, (secara peribadi) HALAL Jakim itu cukuplah untuk meyakinkan kita semua bahawa produk tersebut halal (kalau tidak, apakah cara selain itu?). Dan saya juga bukan ulama untuk membuat sebarang fatwa atau hukum. Sekadar melontarkan pandangan/persoalan sebagai 'ahli sains'. Namun kajian perlu dilakukan bagi memastikan HALAL yang diputuskan oleh Jakim itu benar-benar menghasilkan produk makanan yang halal dan baik, bukan saja untuk umat Islam, tetapi juga rakyat Malaysia yang lain.

Promosi : untuk menyemak pengesahan Jakim, boleh SMS dengan menaip halal [kodbar produk] (contoh: halal 1234567890) dan hantar kepada 32728 (setiap SMS dicaj 50 sen), atau lawat sendiri laman web Jakim

Anonymous said...

logo halal sekarang ada di mana saja. di merata-rata. kenapa? kerana logo halal diperlukan seperti salah satu strategi marketing. majority adalah melayu. ini bermakna majority secara tak langsungnya beragama islam. nak lariskan makanan atau produk makanan, terpaksalah mendapatkan logo halal. kesahihan halal? siapa yang tahu? wallahualam...

kriteria yang ketiga tu bagi saya berapa kerat je yang buat. selebihnya bangsa asing. ambil saja mana-mana restoran dan boleh dikatakan nisbahnya ialah 3:5. tambah lagi restoran-restoran fast food di malaysia.

kedai nasi kandar pun sampaikan ada yang pakai ayat-ayat suci al quran dan kalimah allah dan muhammad di kedai mereka sedangkan kedai itu milik india yang beragama hindu. nak tahu, senang saja. jika kedai nasi kandar tu tak jual daging, maka sah lah kedai tu bukan milik orang islam! sembelih ke tak... lagi lah! kena hati-hati kalau makan nasi kandar di penang :)