Pada 13hb Feb, 2009 lalu sahabat bekas sekolah saya iaitu, Nur Syamimi (Mimi nama manjanya) telah pergi bercuti di Perth, Australia untuk seminggu. So, I ingatkan kepada Mimi tentang projek blog ini dan cuba mengkaji situasi dan keadaan restoran halal di Perth.
Setelah Mimi kembali dari percutian selama seminggu dengan teman sejatinya, Mimi telah hantarkan gambar-gambar dan segala informasi tentang status halal di negara tersebut melalui email kepada saya. Katanya...
Agak senang juga cari restoran halal di Perth ni. Ada restoran Indonesia, Malaysia, kebab etc. Ada satu restoran berhampiran dengan hotel kami iaitu Hotel Mercure Perth, Erwin Street (jalan kaki dalam 5 minit) yang kiranya hari-hari kami makan di sana. Namanya Restoran Ole-Ole. Tukang masaknya dari Malaysia tapi owner restoran orang Indonesia. Boleh tahan jugak la masakannya. Pandangan restoran 'Oleh Oleh Cafe' dari sudut hadapan.
Ada pelbagai jenis masakan yang dihidangan di restoran terbabit. Oleh yang disebabkan masakan restoran itu di masak oleh tukang masak dari Malaysia dan owner juga dari negara Indonesia maka tiada la masalah mengenai status halal makanan restoran tersebut. Menurut Owner restoran Oleh Oleh berkata bahawa di Perth sendiri sudah ada banyak golongan masyarakat muslim yang datang dari pelbagai sudut pelosok dunia, ada yang datang dari Iraq, Malaysia, Indonesia, Singapore dan sebagainya. Pada masa dahulu, isu status halal makanan tidak dipertikaikan sangat tetapi zaman sekarang berlakunya transasi yang mengalihkan pandangan dan pemikiran masyarakat dalam mengutamakan status halal sesuatu makanan. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau. Antara menu masakan yang dihidangakan di restoran Oleh Oleh adalah serperti gambar-gambar dibawah...
makanan halal untuk makan tengahhari. Masakan ini hampir sama dengan apa yang kita mudah dapati di negara kita.
Status HALAL bukan saya dipentingkan di negara kita malah isu ini sangat diperbincangan dan diutamakan di setiap pelosok dunia.
No comments:
Post a Comment