Thursday, March 26, 2009

The WhiTE hOuse..white coffee..ada Tanda Halal..









Tenang di Restoran The White House
dengan susun atur perabot yang menarik, gambar hidangan yang menyelerakan, persekitaran yang bersih, penataan cahaya lampu yang menarik membuat pelanggan yang mementingkan kedamaian akan tertarik untuk menjamu selera di restoran ini. Bagi masyarakat yang beragama islam pula, pemaparan logo halal akan menambahkan lagi keyakinan pelanggan untuk menikmati hidangan di situ.
Dengan penggunaan nama restoran The White House memperlihatkan restoran ini adalah restoran yang mewah dan moden. berkemungkinan sesetengah masyarakat yang berstatus rendah akan berfikir banyak kali untuk menikmati hidangan di situ. Apabila ditinjau dari segi harga makanan di restoran ini tidaklah begitu mahal. Harga yang di tawarkan adalah berpatutan dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.Dengan adanya tanda halal di restoran ini, ia dapat meningkatkan keyakinan pelanggan yang beragama Islam untuk menjamu selera di sini.
  • Apa yang penting adalah diharapkan setiap pengusaha restoran bukan sahaja pengusaha restoran ini malahan kepada semua pengusaha supaya mereka tidak menyalahgunakan penggunaan logo halal dengan sewenang-wenangnya.
  • sentiasa memastikan penggunaan logo halal sentiasa selari dengan perbuatan seperti menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal, mementingkan tanggunjawab sosial korporat, menitikberatkan kebersihan dan sebagainya.

No comments: